PROGRAM

SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pelajar akan mengikuti modul pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Loji, Rekabentuk Kejuruteraan, Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Woksyop, Kaji Daya Bahan, Termodinamik, Kaji Daya Mesin, modul-modul teras dan beberapa modul elektif. Peluang pekerjaan adalah luas kerana kandungan kursusnya dan lulusan berpeluang menceburi kerjaya dalam industri kejuruteraan dan pembuatan.
SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan bidang kejuruteraan automotif. Modul pengkhususan adalah Teknologi Automotif, Amalan Bengkel Automotif, Enjin Pembakaran Dalam, Kajidaya Kenderaan Bermotor, Hidraulik Mobil, Pengurusan Pusat Servis, Peralatan Elektrik dan Elektronik Kenderaan dan Rekabentuk Kejuruteraan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan dalam pelbagai industri automotif dan industri perkhidmatan yang berkaitan.
SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)
Program ini mendedahkan pelajar kepada pelbagai teknik dalam industri proses pembuatan serta penggunaan mesin moden dalam pembuatan. Program ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan pengkhususan dalam bidang pembuatan. Modul pengkhususan adalah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Bahan, Rekabentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Perindustrian dan Robotik, Ekonomi Pembuatan dan Kawalan Pembuatan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan mekanikal dan pembuatan.
SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)
Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan penyamanan udara dan penyejukbekuan. Modul pengkhususan adalah Teknologi Penyaman Udara dan Penyejukan, Amalan Bengkel Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan, Sistem Kawalan dan Rekabentuk Sistem Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan di samping beberapa modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan dan perkhidmatan berkaitan dengan penyejukbekuan atau penyamanan udara sebagai Juruteknik.
SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUNGKUSAN)
Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang pembungkusan serta penyenggaraan peralatan berkaitan. Modul pengkhususan adalah Sains Pembungkusan, Prinsip Pembungkusan, Proses Pembuatan Pembungkusan, Asas Percetakan, Operasi Pengeluaran Pembungkusan, Rekabentuk Pembungkusan, Amalan Bengkel Pembungkusan, Bahan Pembungkusan, Penukaran Pembungkusan, Ekonomi Pembungkusan dan Pembungkusan Gunaan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan mekanikal dan pembungkusan.
SINOPSIS PROGRAM KEJURUTERAAN MEKANIKAL (BAHAN)
Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang bahan kejuruteraan. Modul pengkhususan adalah Teknologi Pembuatan Bahan, Metalurgi, Pengurusan Perindustrian, Kawalan Kualiti, Teknologi Seramik, Kaca dan Komposit, Teknologi Polimer dan Ujian Bahan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Program ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa iktisas/Juruteknik yang terlibat secara langsung dalam bahan kejuruteraan serta membantu di dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan industri berasaskan logam, plastik dan seramik.
SINOPSIS PROGRAM KEJURUTERAAN MEKATRONIK
Program ini merangkumi pelbagai disiplin meliputi prinsip dan teori kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan elektrik dan elektronik. Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Modul pengkhususan adalah Peranti Mekatronik, Sistem Mikro Pemproses dan Pengawal Mikro, Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC), Automasi Perindustrian dan Robotik, Sistem Komputer dan Aplikasi dan Mekanisma Penghantar Kuasa di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri pembuatan terutama dalam industri elektronik dan separuh pengalir.

No comments:

Post a Comment